Dilahirkan
pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat
beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality
manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.
Id ialah personaliti tidak sedar yang
menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id
tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido (
seks ) yang mengandungi desakan asas. Ego ialah bahagian personaliti yang
logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma
hidup. Superego
ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara
beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau
gurunya. Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.
Mengikut Freud, setiap kanak-kanak
berkembang melalui lima peringkat;
1. Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )
Kanak-kanak
perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap (
sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).
Kanak-kanak
telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan
lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan
memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya
diterima dan dikasih oleh ibubapa.
Pada
peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan
kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri .
Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus
sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti
memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik
tidak berlaku.
4. Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )Pada peringkat ini kasih sayang dan
keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya
mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.
5. Peringkat kejantinaan (
12 tahun ke atas ). Peringkat ini dikatakan
awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan
jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh
minat terhadap individu di luar keluarga mereka.
0 comments:
Post a Comment