Menurut Gesel,
perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau fisiologi. Selagi
kematangan fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti berjalan
tidak akan berjaya. Gesell telah membahagikan perkembangan
kanak-kanak kepada lima peringkat;
1. Peringkat
Pertama ( 0- 1 tahun )
· Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk
menyatakan kehendak yang berbeza seperti tangisan lapar berlainan dengan
tangisan menarik perhatian.
· Umur 4 bulan : mata boleh bergerak
mengikut gerakan objek.
· Umur 6 bulan : dapat menggenggam objek.
· Umur 7 bulan : boleh duduk dan
merangkak.
· Umur 12 bulan : boleh berdiri dan
memegang objek tinggi.
2. Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )
· Boleh bertatih, berjalan, berlari, bercakap
dan sudah mula tahu makna “ jangan”
3. Peringkat Ketiga ( 2- 3 tahun )
· Boleh makan bersendirian dan mula
bercakap dengan menggunakan ayat mudah.
4. Peringkat Keempat ( 3-4 tahun )
·Dapat naik basikal beroda tiga dan
menerima arahan mudah.
5. Peringkat Kelima ( 5 tahun )
·Telah mula mengemukakan soalan dan
bersedia masuk prasekolah.
0 comments:
Post a Comment